Saturday, November 14, 2009

Jangan abaikan keindahan rambut!

Ramai wanita bertudung tidak menitikberatkan aspek penjagaan rambut. Alasannya cukup mudah, tiada siapa mahu melihat dan tahu apa yang ada disebaliknya. Sedangkan yang terselindung itu lebih indah jika dipelihara sebaik mungkin.

Masalah kegatalan kulit kepala, rambut berbau dan berkelumumur sering dialami oleh wanita bertudung. Jika tidak dijaga rapi rambut akan menjadi cepat kering, rosak kusam dan mudah putus. Sekiranya anda mengalami masalah ini cubalah panduan penjagaan rambut yang dapat membantu anda memiliki rambut yang cantik, bersih dan sihat.

1) Sebelum membeli syampu kenal pasti jenis rambut untuk mendapatkan syampu yang sesuai.

2) Sebelum memakai tudung, pastikan rambut dalam keadaan kering. Rambut yang lembab atau basah boleh menyebabkan masalah kelemumur, berbau hapak dan kepala terasa pening.

3) Tahukah anda bahawa dengan bertudung rambut akan lebih terpelihara dan terlindung daripada habuk yang berterbangan.

4) Keringkan rambut dengan tuala dengan cara menggosoknya secara lembut. Lurutkan tuala dengan cara perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut secara berulang kali dan biarkan ia kering.

5) Apabila memakai tudung kepala, rambut kurang mendapat vitamin C daripada sinaran matahari. Ini pastinya akan menjadikan rambut kusam dan tidak hitam. Mengembalikan kesegarannya, cara tradisional yang digalakkan ialah dengan meletakkan santan kelapa pada rambut. Biarkan ia seketika atau membalutnya dengan tuala. Kemudian bilas dengan air biasa dan akhir sekali dicuci dengan syampu yang sesuai. Amalkan seminggu sekali.

6) Sikat rambut semasa tidak memakai tudung (di rumah) agar akar rambut dan kulit kepala mendapat udara yang secukupnya.

7) Untuk kulit kepala sentiasa segar, gunakan air sejuk sewaktu membasuh rambut. Jika terpaksa menggunakan air hangat, pastikan bilasan terakhir disempurnakan dengan air sejuk supaya pori-pori kulit kepala mengecil.

8) Amalkan pengambilan vitamin khusus untuk menstabilkan hormon dan membaiki akar rambut.

9) Rambut berkelumumur boleh diatasi dengan cara menggosok kulit kepala dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, bersihkan rambut dan kulit kepala dengan syampu yang mengandungi bahan anti kelemumur ataupun syampu yang mempunyai campuran limau purut.

10) Bagi rambut berminyak, gunakan syampu yang boleh digunakan untuk cucian rambut setiap hari. Rambut berminyak disebabkan oleh ketidakstabilan hormon yang mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan cuaca panas atau banyak mengambil makanan yang berlemak.

11) Sikat rambut dengan perlahan dan lembut bagi mengelakkan kulit kepala menjadi panas dan boleh menyebabkan penghasilan minyak berlebihan.

12) Elakkan daripada menggunakan alat pengering rambut kerana rambut mudah menjadi kusam. Tetapi jika anda tidak mempunyai masa dan ingin mengeringkannya dengan kadar yang segera, sebelum melakukan 'blow', letakkan 'foam', 'setting lotion' atau 'volumizer' pada rambut terlebih dahulu bagi memudahkan ia didandan. Bahan-bahan tersebut dapat menjadi penghadang antara rambut dan alat pengering rambut. Alat penghalang dapat mengelakkan rambut daripada mudah rosak akibat terkena bahang panas daripada alat pengering rambut.

13) Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat bergigi penuh dan rapat.

14) Pastikan anak tudung atau cekak rambut yang anda pakai tidak terlalu ketat. Seeloknya pakailah jenis yang boleh membenarkan aliran udara masuk agar rambut tidak terlalu terperap.

15) Pemilihan jenis kain tudung yang dipakai juga sangat penting. Pakailah tudung yang diperbuat daripada kain lembut dan tidak terlalu tebal seperti kain kapas. Tudung fabrik tebal tidak sesuai untuk cuaca panas di negara ini.

16) Syampu rambut secara konsisten sekurang-kurangnya dua hari sekali.