Sunday, December 06, 2009

Menyingkap Rahsia Di Sebalik Manisnya Madu

Rasul agung, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, 'Hendaklah kamu selalu berubat dengan dua penyembuh iaitu madu dan Al-Quran. Penjelasannya: Al-Quran adalah penyembuh utama bagi penyakit yang ada dalam hati manakala madu ialah penyembuh bagi setiap penyakit.

Sejak berkurun lamanya madu merupakan sumber makanan dan tenaga bagi manusia. Bukan sahaja terkenal di kalangan masyarakat Melayu, madu telah digunakan secara meluaskan ketika zaman kepimpinan Rasulullah lagi. Khasiat madu di dalam pemakanan kita sememangnya tidak ternilai. Madu sangat membantu di dalam pembinaan dan merangsang tubuh badan yang sihat.

Bagaimana Terhasilnya Madu

Lebah merupakan sejenis haiwan yang menakjubkan. Di dalam kelompok lebah terdapat lebah pekerja, lebah jantan dan lebah permaisuri. Lebah pekerja mengutip madu, debunga dan air setiap hari untuk dibawa pulang ke sarang. Madu mentah datangnya daripada manisan bunga-bungaan. Manisan berbentuk cecair dihisap dan kemudian disimpan dalam kalenjar badan lebah. Kemudian manisan akan disimpan di dalam karungnya (comb) sebelum matang menjadi madu.

Lebah menghasilkan :
Madu - simpanan makanan bagi keperluan kependudukan dalam sarang
Lilin lebah - Untuk membuat sarang lebah
Debunga - Untuk memberi makan anak-anak lebah. Apabila debunga ini kering ia merupakan makanan yang berkhasiat
Propolis - Bertujuan untuk menyelaputi sarang supaya terhindar daripada angin dan hujan (juga boleh dijadikan sebagai bahan antiseptic)
Racun sengatan - Baik untuk merawat sakit sendi, sengal-sengal dan sakit dalam tulang.

Untuk mendapatkan 100 gram madu, lebah perlu hinggap dan menghisap manisan lebih sejuta pokok bunga. Rutin pencarian makanan akan berulangan di mana manisan akan disimpan dalam karungan dan debunga melekat direrambut kakinya.

Cairan manisan bunga tadi kemudiannya dipindahkan pula ke lebah yang akan memproses manisan bunga ini hingga menghasilkan titisan madu yang kemudiannya disimpan di dalam bekas madu (di dalam sarang).

Mengenal Madu Asli
Selain menguji dengan peralatan saintifik moden, keaslian madu boleh dikesan membelinya terus daripada pencari atau penjual-penjual madu tanpa orang tengah. Tanda - tanda seperti bila dititis dari kuku, madu tidak jatuh ke bawah, menyala apabila dibakar, meletup sebab gas yang terkumpul ialah tanda madu itu adalah madu asli.

Cara lain yang lebih mudah ialah dengan menguji beberapa perkara berikut :
  1. Kemanisannya - Madu perlu dirasa. Madu yang baik, manisnya menyengat dan perit.
  2. Baunya - Bila tudung botol dibuka, bau madu asli adalah wangi dan kuat.
  3. Madu - yang dititikkan di dalam air kosong akan jatuh ke dasar gelas tanpa berselerakkan sebab sifat gulanya yang likat dan bercantum.
  4. Isi telur ayam - akan mengeras apabila dicampurkan dengan madu yang asli, telur akan menjadi seperti telur yang separuh masak.
Madu yang tidak asli kemungkinan dicampurkan dengan bahan-bahan berikut :
  1. Air
  2. Manisan kelapa
  3. Pisang yang telah dimasamkan
  4. Gula tebu
  5. Gula batu (untuk memaniskan)
Pada hakikatnya, madu sahaja sudah memadai untuk menyembuh dan memulihkan kebanyakan daripada penyakit yang kita alami hampir setiap hari.

Namun terdapat penyakit tertentu yang memerlukan ubat tambahan untuk menambah kemujarabannya seperti akar-akar kayu, daun-daun atau lain-lain ubat tradisional.

Apa yang lebih penting ialah keikhlasan berubat kerana Allah dan mengharapkan kesembuhan daripadaNya sahaja. Sikap harap kepadaNya di mana Dialah yang menurunkan penyakit dan Dia pulalah yang menghendaki kesembuhan bagi hamba-hambaNya yang merendahkan diri kepadaNya, tetap menjadi syarat utama kesembuhan.

Ali Abu Talib pernah berkata, "Semulia-mulia pakaian anak Adam ialah air liur ulat peliharaannya (sutera), sedang minuman yang lebih mulia ialah keluaran lebahnya(madu)".

Menurut hadis Nabi s.a.w. : "Lima perkara yang membasmi kelupaan, menambah ingatan dan menghilangkan lendir ialah dengan bersugi, berpuasa, membaca al-Quran, madu dan kemenyan".

Nabi juga dikatakan tagas menyarankan kepada para sahabatnya agar diberi minuman madu kepada orang yang sakit di dalam perut.

Khasiat untuk tubuh

Terdapat 70 bahan dalam setiap komposisi madu, 75 peratus daripadanya adalah gula ringkas, 20 peratus air dan 5 peratus lebihnya terbentuk daripada pelbagai kuantiti vitamin termasuk kumpulan antibiotik yang membentuk keunikan madu yang bukan sahaja sebagai makanan kepada manusia dan lebah malah sebagai bahan pemulihan dalaman tubuh badan manusia.

Gula yang ada di dalam madu selain membantu memberi tenaga, juga memudahkan penghadaman dan membantu badan menyimpan tenaga dalam bentuk glukos untuk digunakan apabila perlu. Bukti di bidang perubatan mendapati madu bukan sahaja baik sebagai makanan yang menyihatkan malah madu juga adalah bahan penting untuk merawat berbagai penyakit antaranya:
  • Cirit-birit/barah dalam perut
  • Kencing tidak lawas
  • Sakit gigi/sakit mata/sakit kepala
  • Luka/kudis/kulit kering/gatal-gatal
  • Masalah penghadaman tidak sempurna/kegemukan
  • Ibu bersalin/berpantang/sakit pinggang
  • Pelupa/sakit mata/sakit kepala
  • Kurang tenaga/cergas/sesak nafas/keletihan/susah tidur/lelah/asma
  • Menambah nafsu syahwat dan banyak lagi

Kanser Pangkal Rahim

Usia 20 tahun ke atas. Pengesanan awal kanser pangkal rahim sangat penting. Pemeriksaan Pap Smear ialah pemeriksaan awal untuk mengesan kanser pangkal rahim(leher rahim). Pemeriksaan ini juga dikenali sebagai pemeriksaan "calitan serviks".

Sebagai penyakit kanser utama yang dihadapi oleh wanita negara ini, anda perlu memandang serius memandang serius akan perkara ini. Apabila anda mendalami apa yang dikatakan kanser rahim ini tidak bermakna anda mengalaminya. Anda seharusnya tahu dan bijak mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan anda terselamat daripadanya.

Ujian Pap smear akan mengesan sel-sel tidak normal akibat daripada perubahan dalam serviks sebelum kanser mula bertapak.

Jika dirawat di peringkat awal, keadaan ini dapat dikawal dari merebak. Ia juga boleh mengesan tanda-tanda awal kanser dan memberikan peluang yang lebih untuk sembuh. Pemeriksaan dalaman turut dijalankan serentak dengan ujian Pap Smear menolong mengesan keadaan-keadaan yang tidak normal dalam saluran reproduktif, misalnya penyakit jangkitan.

Sewajarnya pemeriksaan Pap Smear dilakukan setiap tahun. Jika dua pemeriksaan Pap Smear mendapati anda normal/negatif pemeriksaan ini boleh dilakukan setiap 3 tahun. Semua wanita yang berumur 20 tahun ke atas terutama sekali mereka yang telah berkahwin wajar mendapatkan ujian Pap Smear ini.

Bagaimana ujian Pap Smear ini dilakukan?
Pemeriksaan Pap Smear tidak menyakitkan. Sejenis alat yang dipanggil 'speculum' akan digunakan. Sel-sel daripada permukaan serviks diambil dan dihantar ke makmal untuk diperiksa. Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali waktu kedatangan haid. Anda akan memperolehi keputusannya dalam beberapa minggu.
Selain mengesan kanser, ujian ini juga mengesan penyakit jangkitan yang tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan anda tidak selesa jika dibiarkan tanpa dirawat. Sebab-sebab lain ialah mungkin sampel yang diambil untuk ujian tidak mencukupi dan sampel lain perlu diambil.
Jika ada tanda-tanda awal kanser dalam ujian Pap smear, anda perlu menjalani ujian-ujian terperinci bagi memastikan sama ada ia kanser atau tidak. Ia sangat penting bagi anda merujuk perkara ini kepada pakar.

7 Persoalan Masalah Keputihan & Jangkitan Faraj

Setiap wanita pasti mengalami keputihan. Sifat dan rupa lendir atau keputihan adalah jernih atau berwarna putih. Sebab itu is dipanggil keputihan. Keputihan yang normal tidak meninggalkan kesan pada seluar dalam yang dipakai. Sekiranya terdapat kesan warna, ini bermakna keputihan yang anda alami adalah tidak normal.

S : Bila keputihan berlebihan berlaku kepada wanita?
J : Keputihan berlebihan berlaku semasa ovulasi(proses pengeluaran telur) - pertengahan antara pusingan haid, mengambil pil perancang keluarga dan ketika hamil.

S : Apakah peranan dan bau yang dikeluarkan keputihan normal?
J : Ia melindungi faraj daripada kering dan jangkitan kuman mengeluarkan sedikit bau. Ini merupakan perkara biasa dan perlu dibersihkan dengan sabun setiap hari.

S : Apakah faraj perlu disembur?
J : Tidak, melainkan diarah oleh doktor. Seperti bahagian badan yang lain anda boleh membersihkannya sendiri. Penyemburan dengan bahan kimia atau bahan yang lembut boleh menukar flora dan pengeluaran biasa sekitar faraj.

S : Apakah tanda keputihan tidak normal?
J : Keputihan tidak normal selalu dikaitkan apabila ada rasa kegatalan, keradangan, berdarah, ketidakselesaan dan kesakitan semasa persetubuhan, bau yang tidak menyenangkan sakit dalam perut dan demam. Apabila ini berlaku sebaiknya berjumpa dengan doktor.

S : Apakah penyakit faraj yang sering berlaku?
J : Penyakit yang sering berlaku ialah jangkitan kulat, "Trichomonas; dan jangkitan lain-lain.
1) Jangkitan kulat (juga disebut 'Thrus', 'Monilia' atau 'Candida'). Organisma berkulat sering berlaku pada faraj dalam jumlah yang tidak merbahaya tanpa menyebabkan sebarang simptom. Kadang-kadang ia boleh bertambah. Sekiranya ini berlaku keluaran lendir yang putih pekat itu akan menimbulkan radang pada bibir faraj dan rasa gatal.
2) Trichomonas. Organisma ini menimbulkan keputihan (yang kadang-kadang berwarna hijau kekuningan atau labu. Pada kebanyakan wanita, ia mungkin menimbulkan kepedihan ketika membuang air kecil. Kuman "Trichomonas" berjangkit daripada seorang ke seorang melalui hubungan seks.
3) Lain-lain jangkitan. Jangkitan tidak khusus boleh menyebabkan rasa gatal-gatal, keputihan dan kepedihan ketika membuang air kecil.

S : Apakah rawatan untuk jangkitan/penyakit faraj?
J : Rawatan yang dilakukan selalunya menggunakan kaedah berikut :
1) Menyapu krim pada bahagian luar faraj yang berkenaan
2) Memasukkan 'pessaries' ke bahagian faraj
3) Mengambil pil-pil yang disarankan oleh doktor.

S : Adakah terdapat cara-cara untuk mencegah atau mengurangkan jangkitan faraj?
J : Ya, ada.
1) Bakteria selalunya dijumpai di bahagian luar faraj dan kawasan dubur. Untuk mencegah jangkitan, penjagaan perlu dilakukan dengan mencuci, membilas dan mengeringkan bahagian-bahagian berkenaan sehingga betul-betul kering terutamanya selepas membuang air besar, kecil dan semasa haid.
2) Seluar dalam nikon, sarung kaki dan seluar jean yang ketat boleh menghalang peredaran udara di dalam faraj dan bahagian-bahagian sekelilingnya. Adalah dinasihatkan untuk anda memakai seluar dalam jenis kain kapas (cotton), kerana ini boleh mengurangkan peluang jangkitan dengan membenarkan peredaran udara yang baik.
3) Cara mengesat ke belakang, jauh daripada pintu faraj selepas membuang air besar boleh mencegah bakteria daripada memasuki kawasan faraj.
4) Menukar tuala wanita sekerap yang boleh pada hari terakhir haid sebagaimana dilakukan pada hari pertama.
5) Pewangi mandian seperti minyak, buih sabun dan semburan pewangi wanita boleh menyebabkan bengkak dan gatal pada kawasan faraj. Menggunakan sabun dan air adalah cara yang paling baik.