Showing posts with label Diet dan Pemakanan. Show all posts
Showing posts with label Diet dan Pemakanan. Show all posts

Sunday, April 18, 2010

Berhadapan Dengan Makanan

Islam mengajar umatnya cara berhadapan dengan makanan. Beberapa perkara berikut mungkin tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Mari kita semak!

1) Tujuan kita makan
    - Mendapatkan kesihatan yang baik dan tenaga untuk bekerja dan beramal ibadah dengan selesa.

2) Tatacara makan
    - Makanlah benda-benda yang baik serta dihalalkan sama ada berkaitan dengan sumber mendapatkannya dan juga kaedah pemprosesannya.
    - Makan apabila berasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.
    - Makan dengan penuh adab sopan.

3) Pengambilan makanan
    - Makanlah makanan yang mengandungi pelbagai jenis nutrien yang berfungsi untuk membekalkan tenaga. Tenaga ini digunakan untuk melaksanakan semua kerja elektrikal saraf, mekanikal otot, pengekalan haba badan selain menyempurnakan keseimbangan dan tindakan kimia tubuh badan.
    - Kekurangan atau pengambilan makanan yang berlebihan akan mendatangkan keburukan kepada kesihatan tubuh. Pengambilan makanan harus mengikut sajian seimbang yang diperlukan oleh setiap individu setiap hari.
    - Makanan yang tercemar dan tidak diambil perhatian mengenai kebersihannya serta kesilapan dalam memprosesnya boleh mendatangkan bahaya. Sesetengah pencemaran menyebabkan kesan mutasi kepada sel dan punca kepada penyakit kanser.

Manfaat Jus Oren

Menikmati segelas air limau atau jus oren yang segar terutamanya jika dihidangkan dalam keadaan dingin ketika cuaca panas terik memang enak dan segar rasanya. Jika anda termasuk golongan yang suka menggemari minuman ini teruskan kebiasaan anda. Tahukah anda selain sebagai penghilang dahaga, 1 gelas minuman air bersari ini rata-ratanya mengandungi 60mg vitamin C. Selain itu ia juga memiliki banyak manfaat lain yang baik untuk kesihatan tubuh seperti :

* Menjaga daya tahan dan kekebalan tubuh (system immune)
* Menghalang penyakit influenza
* Mempercepatkan sembuhnya luka atau luka akibat pembedahan
* Memberi sejumlah kolagen pada tubuh, yang akan memelihara kesihatan tulang dan gigi.

Saturday, April 17, 2010

Larangan Minum Cara Keldai

Minum adalah perkara yang selalu dipandang remeh. Umat Islam kelihatan bersahaja ketika minum. Saling tak tumpah seperti gaya orang-orang barat, minum sambil berdiri sudah menjadi perkara biasa apatah lagi memegang gelas atau cawan dengan tangan kiri.
Minum berdiri agak boleh diterima kalau sekiranya di sekitar tempat jamuan itu tiada kerusi atau tempat duduk atau kawasan itu tidak sesuai untuk duduk. Tapi apa halnya dengan tangan kiri, di mana tangan kanannya? Bukankah sesuatu yang baik itu diminta dilakukan dengan tangan kanan. Minum tentulah kerja baik maka wajarlah menggunakan tangan kanan.
Selain itu ada satu lagi budaya yang tidak seharusnya ada pada umat islam iaitu minum secara sekali gus atau sekali hirupan. Sebenarnya, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam agar tidak bernafas di dalam cawan atau gelas air. Maknanya, Islam menganjurkan umatnya minum dengan berdikit-dikit. Apabila hendak bernafas hentikan minuman. Setelah itu minum lagi sehingga selesai.
Larangan ini adalah untuk menjamin kesihatan umat Islam agar terus selamat. Sesungguhnya pernafasan di dalam air mengeluarkan karbon, maka jadilah air itu bercampur karbon. Ini bermakna air yang diminum telah bercampur karbon. Kalau ini terjadi maka kesihatan umat Islam akan terjejas.
Selain dua perbuatan tadi ada satu lagi perbuatan yang tidak disukai oleh Islam iaitu makan dan minum bersendirian. Keadaan ini tidak digalakkan. Hatta apabila hendak minum air pun diminta bersama yang lain secara berjemaah.
Daripada Ibnu Abbas r.a., katanya Rasulullah bersabda: " Janganlah kamu minum seorang diri seperti minum keldai tetapi minumlah berdua dan bertiga. Dan bacalah Bismillah apabila kamu minum dan ucapkanlah alhamdulillah apabila kamu selesai minum (riwayat al Tarmizi)
Minum cara keldai ini boleh dilihat pada banyak sudut. Ia minum berdiri, menyedut tanpa henti dan minum bersendiri. Inilah yang tidak seharusnya dilakukan oleh orang Islam sebagaimana yang dijelaskan di atas. Tetapi yang lebih penting dari itu ialah keldai sudah pastinya tidak membaca doa ketika hendak minum dan begitu juga setelah selesai minum.
Inilah yang patut membezakan umat Islam dengan orang lain. Adab yang dianjurkan oleh Islam itu sudah cantik dan mesti terus dihayati. Didiklah anak-anak sejak kecil agar tidak meniru gaya minum seperti keldai ini!

Sunday, December 06, 2009

Menyingkap Rahsia Di Sebalik Manisnya Madu

Rasul agung, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, 'Hendaklah kamu selalu berubat dengan dua penyembuh iaitu madu dan Al-Quran. Penjelasannya: Al-Quran adalah penyembuh utama bagi penyakit yang ada dalam hati manakala madu ialah penyembuh bagi setiap penyakit.

Sejak berkurun lamanya madu merupakan sumber makanan dan tenaga bagi manusia. Bukan sahaja terkenal di kalangan masyarakat Melayu, madu telah digunakan secara meluaskan ketika zaman kepimpinan Rasulullah lagi. Khasiat madu di dalam pemakanan kita sememangnya tidak ternilai. Madu sangat membantu di dalam pembinaan dan merangsang tubuh badan yang sihat.

Bagaimana Terhasilnya Madu

Lebah merupakan sejenis haiwan yang menakjubkan. Di dalam kelompok lebah terdapat lebah pekerja, lebah jantan dan lebah permaisuri. Lebah pekerja mengutip madu, debunga dan air setiap hari untuk dibawa pulang ke sarang. Madu mentah datangnya daripada manisan bunga-bungaan. Manisan berbentuk cecair dihisap dan kemudian disimpan dalam kalenjar badan lebah. Kemudian manisan akan disimpan di dalam karungnya (comb) sebelum matang menjadi madu.

Lebah menghasilkan :
Madu - simpanan makanan bagi keperluan kependudukan dalam sarang
Lilin lebah - Untuk membuat sarang lebah
Debunga - Untuk memberi makan anak-anak lebah. Apabila debunga ini kering ia merupakan makanan yang berkhasiat
Propolis - Bertujuan untuk menyelaputi sarang supaya terhindar daripada angin dan hujan (juga boleh dijadikan sebagai bahan antiseptic)
Racun sengatan - Baik untuk merawat sakit sendi, sengal-sengal dan sakit dalam tulang.

Untuk mendapatkan 100 gram madu, lebah perlu hinggap dan menghisap manisan lebih sejuta pokok bunga. Rutin pencarian makanan akan berulangan di mana manisan akan disimpan dalam karungan dan debunga melekat direrambut kakinya.

Cairan manisan bunga tadi kemudiannya dipindahkan pula ke lebah yang akan memproses manisan bunga ini hingga menghasilkan titisan madu yang kemudiannya disimpan di dalam bekas madu (di dalam sarang).

Mengenal Madu Asli
Selain menguji dengan peralatan saintifik moden, keaslian madu boleh dikesan membelinya terus daripada pencari atau penjual-penjual madu tanpa orang tengah. Tanda - tanda seperti bila dititis dari kuku, madu tidak jatuh ke bawah, menyala apabila dibakar, meletup sebab gas yang terkumpul ialah tanda madu itu adalah madu asli.

Cara lain yang lebih mudah ialah dengan menguji beberapa perkara berikut :
  1. Kemanisannya - Madu perlu dirasa. Madu yang baik, manisnya menyengat dan perit.
  2. Baunya - Bila tudung botol dibuka, bau madu asli adalah wangi dan kuat.
  3. Madu - yang dititikkan di dalam air kosong akan jatuh ke dasar gelas tanpa berselerakkan sebab sifat gulanya yang likat dan bercantum.
  4. Isi telur ayam - akan mengeras apabila dicampurkan dengan madu yang asli, telur akan menjadi seperti telur yang separuh masak.
Madu yang tidak asli kemungkinan dicampurkan dengan bahan-bahan berikut :
  1. Air
  2. Manisan kelapa
  3. Pisang yang telah dimasamkan
  4. Gula tebu
  5. Gula batu (untuk memaniskan)
Pada hakikatnya, madu sahaja sudah memadai untuk menyembuh dan memulihkan kebanyakan daripada penyakit yang kita alami hampir setiap hari.

Namun terdapat penyakit tertentu yang memerlukan ubat tambahan untuk menambah kemujarabannya seperti akar-akar kayu, daun-daun atau lain-lain ubat tradisional.

Apa yang lebih penting ialah keikhlasan berubat kerana Allah dan mengharapkan kesembuhan daripadaNya sahaja. Sikap harap kepadaNya di mana Dialah yang menurunkan penyakit dan Dia pulalah yang menghendaki kesembuhan bagi hamba-hambaNya yang merendahkan diri kepadaNya, tetap menjadi syarat utama kesembuhan.

Ali Abu Talib pernah berkata, "Semulia-mulia pakaian anak Adam ialah air liur ulat peliharaannya (sutera), sedang minuman yang lebih mulia ialah keluaran lebahnya(madu)".

Menurut hadis Nabi s.a.w. : "Lima perkara yang membasmi kelupaan, menambah ingatan dan menghilangkan lendir ialah dengan bersugi, berpuasa, membaca al-Quran, madu dan kemenyan".

Nabi juga dikatakan tagas menyarankan kepada para sahabatnya agar diberi minuman madu kepada orang yang sakit di dalam perut.

Khasiat untuk tubuh

Terdapat 70 bahan dalam setiap komposisi madu, 75 peratus daripadanya adalah gula ringkas, 20 peratus air dan 5 peratus lebihnya terbentuk daripada pelbagai kuantiti vitamin termasuk kumpulan antibiotik yang membentuk keunikan madu yang bukan sahaja sebagai makanan kepada manusia dan lebah malah sebagai bahan pemulihan dalaman tubuh badan manusia.

Gula yang ada di dalam madu selain membantu memberi tenaga, juga memudahkan penghadaman dan membantu badan menyimpan tenaga dalam bentuk glukos untuk digunakan apabila perlu. Bukti di bidang perubatan mendapati madu bukan sahaja baik sebagai makanan yang menyihatkan malah madu juga adalah bahan penting untuk merawat berbagai penyakit antaranya:
  • Cirit-birit/barah dalam perut
  • Kencing tidak lawas
  • Sakit gigi/sakit mata/sakit kepala
  • Luka/kudis/kulit kering/gatal-gatal
  • Masalah penghadaman tidak sempurna/kegemukan
  • Ibu bersalin/berpantang/sakit pinggang
  • Pelupa/sakit mata/sakit kepala
  • Kurang tenaga/cergas/sesak nafas/keletihan/susah tidur/lelah/asma
  • Menambah nafsu syahwat dan banyak lagi