Showing posts with label Rapi Diri. Show all posts
Showing posts with label Rapi Diri. Show all posts

Monday, November 16, 2009

Warna-warna Rahsia

Pengaruh warna amat penting dalam memberikan 'mood' dan keceriaan. Pastikan anda memilih warna yang sesuai dan dapat menampilkan wajah ceria.

MERAH
Warna ini melambangkan agresif, berkeyakinan dan berani. Anda akan kelihatan lebih ceria. Tetapi awas! Warna ini juga boleh mempengaruhi 'mood' anda menjadi cepat marah.

JINGGA
Pakailah pakaian warna ini ketika anda perlu menyelesaikan beberapa tugas penting. Warna ini dapat melahirkan 'mood' yang ceria dan bertenaga. Ia juga bakal menjadikan anda tenang dan senang walau tugas yang diserahkan agak berat.

HITAM
Sofistikated dan kuat. Ia memberi impak yang kuat kepada penampilan. Lebih hebat jika ia digandingkan dengan warna merah.

MERAH JAMBU
Lembut dan feminin. Sesuai dipilih untuk majlis-majlis yang relak dan tidak rasmi.

KUNING
Hangat dan optimis. Cantik dan berseri tetapi warna ini lebih sesuai untuk majlis perkahwinan.

UNGU
Misteri dan menjadi pilihan insan kreatif. Ia tetap mampu memberikan seri kepada pemakainya. Tetapi berhati-hati kerani bukan semua orang nampak berseri dengan warna ini.

HIJAU
Relak dan mendamaikan. Jika anda dalam keadaan 'stress', pilihan warna ini dapat menjadi penawar. Pilihlah warna ini apabila anda ingin meringankan bebanan.

BIRU
Sejuk, bersih dan tenang. Warna biru adalah warna paling sesuai untuk mengurangkan ketegangan dan kesibukan hari anda.

PUTIH
Suci, segar dan bersih. Pilihlah warna ini jika anda mahukan perhatian dan berimej progresif.

Sunday, November 15, 2009

Melawan bau mulut

Pakar pergigian, Dr Louis Malcmacher daripada American Dental Associaton berkata, bau mulut tidak semestinya akibat daripada gigi yang tidak bersih. Ada pesakitnya yang menderita gangguan bau mulut ternyata memiliki mulut dan gigi paling bersih yang pernah ditemuinya.

Yang Perlu Anda Tahu

1) Sisa makanan, penyakit gusi dan gigi berlubang, mulut kering, tembakau atau beberapa gangguan ubat yang lain boleh memberi masalah kepada nafas seseorang sehingga menyebabkan ia berbau tidak segar.

2) Jauhkan daripada mengambil makanan yang berbau kuat seperti bawang putih, petai dan sebagainya.

3) Penderita bau mulut memerlukan perawatan secara khusus dan berterusan.

4) Bau mulut disebabkan adanya bakteria tertentu pada mulut yang menghasilkan persenyawaan sulfur yang mencerna partikel makanan. Sulfur adalah substansi yang membuat telur berbau busuk. Begitu jugalah halnya dengan setiap orang. Manusia juga memiliki bakteria ini, tetapi ia boleh dikawal. Bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai bakteria ini dalam jumlah yang berlebihan, ia boleh menyebabkan nafas mereka mudah berbau.

5) Minum banyak air supaya mulut tidak kekeringan. Selain boleh membantu mencuci bakteria yang berlebihan dalam mulut.

6) Membersihkan lidah ketika memberus gigi juga dapat membantu mengurangkan bau mulut.

Saturday, November 14, 2009

Jangan abaikan keindahan rambut!

Ramai wanita bertudung tidak menitikberatkan aspek penjagaan rambut. Alasannya cukup mudah, tiada siapa mahu melihat dan tahu apa yang ada disebaliknya. Sedangkan yang terselindung itu lebih indah jika dipelihara sebaik mungkin.

Masalah kegatalan kulit kepala, rambut berbau dan berkelumumur sering dialami oleh wanita bertudung. Jika tidak dijaga rapi rambut akan menjadi cepat kering, rosak kusam dan mudah putus. Sekiranya anda mengalami masalah ini cubalah panduan penjagaan rambut yang dapat membantu anda memiliki rambut yang cantik, bersih dan sihat.

1) Sebelum membeli syampu kenal pasti jenis rambut untuk mendapatkan syampu yang sesuai.

2) Sebelum memakai tudung, pastikan rambut dalam keadaan kering. Rambut yang lembab atau basah boleh menyebabkan masalah kelemumur, berbau hapak dan kepala terasa pening.

3) Tahukah anda bahawa dengan bertudung rambut akan lebih terpelihara dan terlindung daripada habuk yang berterbangan.

4) Keringkan rambut dengan tuala dengan cara menggosoknya secara lembut. Lurutkan tuala dengan cara perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut secara berulang kali dan biarkan ia kering.

5) Apabila memakai tudung kepala, rambut kurang mendapat vitamin C daripada sinaran matahari. Ini pastinya akan menjadikan rambut kusam dan tidak hitam. Mengembalikan kesegarannya, cara tradisional yang digalakkan ialah dengan meletakkan santan kelapa pada rambut. Biarkan ia seketika atau membalutnya dengan tuala. Kemudian bilas dengan air biasa dan akhir sekali dicuci dengan syampu yang sesuai. Amalkan seminggu sekali.

6) Sikat rambut semasa tidak memakai tudung (di rumah) agar akar rambut dan kulit kepala mendapat udara yang secukupnya.

7) Untuk kulit kepala sentiasa segar, gunakan air sejuk sewaktu membasuh rambut. Jika terpaksa menggunakan air hangat, pastikan bilasan terakhir disempurnakan dengan air sejuk supaya pori-pori kulit kepala mengecil.

8) Amalkan pengambilan vitamin khusus untuk menstabilkan hormon dan membaiki akar rambut.

9) Rambut berkelumumur boleh diatasi dengan cara menggosok kulit kepala dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, bersihkan rambut dan kulit kepala dengan syampu yang mengandungi bahan anti kelemumur ataupun syampu yang mempunyai campuran limau purut.

10) Bagi rambut berminyak, gunakan syampu yang boleh digunakan untuk cucian rambut setiap hari. Rambut berminyak disebabkan oleh ketidakstabilan hormon yang mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan cuaca panas atau banyak mengambil makanan yang berlemak.

11) Sikat rambut dengan perlahan dan lembut bagi mengelakkan kulit kepala menjadi panas dan boleh menyebabkan penghasilan minyak berlebihan.

12) Elakkan daripada menggunakan alat pengering rambut kerana rambut mudah menjadi kusam. Tetapi jika anda tidak mempunyai masa dan ingin mengeringkannya dengan kadar yang segera, sebelum melakukan 'blow', letakkan 'foam', 'setting lotion' atau 'volumizer' pada rambut terlebih dahulu bagi memudahkan ia didandan. Bahan-bahan tersebut dapat menjadi penghadang antara rambut dan alat pengering rambut. Alat penghalang dapat mengelakkan rambut daripada mudah rosak akibat terkena bahang panas daripada alat pengering rambut.

13) Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat bergigi penuh dan rapat.

14) Pastikan anak tudung atau cekak rambut yang anda pakai tidak terlalu ketat. Seeloknya pakailah jenis yang boleh membenarkan aliran udara masuk agar rambut tidak terlalu terperap.

15) Pemilihan jenis kain tudung yang dipakai juga sangat penting. Pakailah tudung yang diperbuat daripada kain lembut dan tidak terlalu tebal seperti kain kapas. Tudung fabrik tebal tidak sesuai untuk cuaca panas di negara ini.

16) Syampu rambut secara konsisten sekurang-kurangnya dua hari sekali.