Imej yang menarik tidak bermakna anda perlu mengeluarkan perbelanjaan besar. Ketelitian dalam penjagaan bentuk tubuh badan, kesihatan dan kebersihan lebih penting daripada segalanya. Setiap gerak geri kita akan diperhati maka haruslah ada batasan dalam melakukannya selari dengan pandangan Islam yang mengesyorkan kesederhanaan dalam perbuatan. Sebagai muslimah kita perlu berhati-hati agar penampilan diri tidak ditertawa atau diperkatakan. Apakah cara mudah mengatasi kelemahan diri?
1) Adakah anda berdiri dengan betul?
Segala-galanya haruslah dalam keadaan normal dan bersahaja. Pastikan kedua-dua kaki dalam kedudukan yang selesa bagi menampung berat badan. Walaupun bertudung, ini tidak bermakna anda terhindar daripada perhatian. Semasa berdiri anda dinasihatkan agar sentiasa mendada dengan keadaan bahu diistirehatkan. Pastikan kepala anda tegak dengan dagu mendongak sedikit ke atas serta kedua belah lengan bergantungan di kedua-dua sisi.
2) Bagaimanakah cara duduk yang baik?
Elakkan duduk di kerusi tinggi agar tidak kelihatan tergantung atau di kerusi rendah bagi mengelakkan lutut lebih tinggi daripada pinggang. Bukankah anda akan kelihatan janggal jika keadaan ini berlaku? Labuhkan punggung anda memenuhi permukaan kerusi sehingga menyentuh penyandarnya. Rapatkan lutut dan kaki agar kelihatan sejajar. Duduk tegak dalam keadaan tubuh seperti berdiri dengan dada sedikit mendada, dagu tegak dan bahu lebih santai. Apabila ingin berdiri atau duduk kembali, seimbangkan tubuh dengan meletakkan satu kaki di bahagian belakang sangga. Jangan labuhkan punggung anda serta merta atau menggunakan kedua-dua tangan sebagai sangga.
3) Masih sangsi dengan cara berjalan?
Sebahagian daripada kita berasa kurang selesa ketika berjalan kerana bimbang diperhatikan. Apa yang penting anda perlu berjalan tegak tapi dalam keadaan santai. Gerakkan kaki perlahan ke hadapan dalam langkah yang sederhana dan pastikan kedua-dua tapak kaki sejajar serta berdekatan dengan hujung-hujung jari. Pastikan hujung kaki menyentuh lantai sebelum tumit. Ketika menaiki tangga pastikan tapak kaki terletak pada setiap anak tangga di atasnya dan angkat badan anda.
Wednesday, November 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
http://formsmarts.com/form/bxo