Monday, May 24, 2010

Useful Guideline Before Shopping

Shopping is so interesting! Especially when we own some money to earn. But, as a consumer, we have to do own budget and be prudent before we go for shopping. Herewith, few guidelines highlighted below we should take into account before we go for shopping.

1) Jot down own expenses
    Just jot down all expenses you may need for a period of time. This may help you to save a lot.
2) List down things to shop
    A wise person will make a list before go out for shopping. A list will be a guideline to consumer on what
    we need and what we want. The list may help you to be more discipline during shopping and to ensure
    your budget won't be effected.
3) Limit the cash in hand
    Estimate your own expenses first before go out for shopping. Strictly follow the list you have write down
    earlier. Make a price comparison before you decide to buy something you need.
4) Don't Use Credit Card
    Using credit card may interfere you to do unplanned shopping & expend more. It also involves
    additional financial problem and financial risk as well. When we expend more will influence the cause of
    inflation. Credit card are more applicable to do planned shopping.
5) Don't let deception
    As a consumer, don't let deception happen. Make decision and expend wisely.
6) Beware of sales offer
    As a wise consumer, just buy what you really need only.
7) Check before you buy
    You have to check a market price and quality of goods before you buy anything. This may avoid you of
    being deceived.
8) Use public transport
    This might discipline you, not to buy a lot.
9) Choose the right time
     Make a good planning before rushing for sales.
10) Take a basket, not a trolley.
      You will buy only what you need when using a basket.
11) Buy what you need and affordable.
      Don't let your neighbour or friends interfere you on shopping. Just buy what you need and what you can
      afford.
12) Know your right as a consumer
      You have right to choose goods with reasonable price and good quality. Shop wisely for your own good.








Monday, April 19, 2010

Sederhana Dalam Mengambil Makanan

Islam adalah agama yang mementingkan kesederhanaan dalam setiap aktiviti harian. Ini termasuklah menganjurkan pengambilan makanan dan minuman serta mengikut tertibnya. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran,
"Makan dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan". (Surah Al-A'raf : Ayat 31)

Rasullullah s.a.w. juga turut menekankan pentingnya pengambilan makanan secara sederhana. Hakikatnya perut diumpamakan sebagai sarang penyakit. Pengambilan makanan secara betul dan berhati-hati mampu mengelakkan kita daripada diserang penyakit-penyakit tertentu. Membatasi pengambilan makanan dapat memberi waktu untuk tubuh dan akal berehat.

Rasullullah s.a.w. bersabda :
"Tidak ada satu tempat pun yang diisi oleh anak Adam lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah baginya beberapa suap untuk menguatkan tulang belakangnya supaya dapat berdiri tegak. Apabila dia tidak dapat menghindari, hendaklah sepertiga makanan sahaja, sepertiga lagi untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya". (Hadis riwayat Tarmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Sunday, April 18, 2010

Keistimewaan Kurma

Daripada Anas r.a. katanya,"Rasulullah s.a.w. berbuka sebelum melakukan solat Maghrib dengan beberapa buah kurma basah, tetapi apabila tidak ada kurma basah, maka baginda berbuka dengan kurma biasa, tetapi apabila tidak ada kurma, maka baginda minum beberapa teguk air."

Khasiat yang terkandung di dalam buah kurma termasuk:
1) Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah dua kali ganda berbanding kismis, aprikot kering dan blueberry.
2) Kurma memberi tenaga serta-merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Orang berpuasa yang berbuka dengan kurma akan berasa segar dan bertenaga dan dapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.
3) Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf terkandung di dalam kurma, sebaliknya sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres, sengal-sengal badan dan untuk menguatkan daya ingatan.
4) Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya, kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangan najis dan mencegah daripada masalah barah usus.
5) Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi dan kalsium di dalam kurma dapat menambahkan air susu.
6) Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darah dan sumsum tulang.
7) Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk ini kemudian direndam dan diminum untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kurma juga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.

Berhadapan Dengan Makanan

Islam mengajar umatnya cara berhadapan dengan makanan. Beberapa perkara berikut mungkin tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Mari kita semak!

1) Tujuan kita makan
    - Mendapatkan kesihatan yang baik dan tenaga untuk bekerja dan beramal ibadah dengan selesa.

2) Tatacara makan
    - Makanlah benda-benda yang baik serta dihalalkan sama ada berkaitan dengan sumber mendapatkannya dan juga kaedah pemprosesannya.
    - Makan apabila berasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.
    - Makan dengan penuh adab sopan.

3) Pengambilan makanan
    - Makanlah makanan yang mengandungi pelbagai jenis nutrien yang berfungsi untuk membekalkan tenaga. Tenaga ini digunakan untuk melaksanakan semua kerja elektrikal saraf, mekanikal otot, pengekalan haba badan selain menyempurnakan keseimbangan dan tindakan kimia tubuh badan.
    - Kekurangan atau pengambilan makanan yang berlebihan akan mendatangkan keburukan kepada kesihatan tubuh. Pengambilan makanan harus mengikut sajian seimbang yang diperlukan oleh setiap individu setiap hari.
    - Makanan yang tercemar dan tidak diambil perhatian mengenai kebersihannya serta kesilapan dalam memprosesnya boleh mendatangkan bahaya. Sesetengah pencemaran menyebabkan kesan mutasi kepada sel dan punca kepada penyakit kanser.

Manfaat Jus Oren

Menikmati segelas air limau atau jus oren yang segar terutamanya jika dihidangkan dalam keadaan dingin ketika cuaca panas terik memang enak dan segar rasanya. Jika anda termasuk golongan yang suka menggemari minuman ini teruskan kebiasaan anda. Tahukah anda selain sebagai penghilang dahaga, 1 gelas minuman air bersari ini rata-ratanya mengandungi 60mg vitamin C. Selain itu ia juga memiliki banyak manfaat lain yang baik untuk kesihatan tubuh seperti :

* Menjaga daya tahan dan kekebalan tubuh (system immune)
* Menghalang penyakit influenza
* Mempercepatkan sembuhnya luka atau luka akibat pembedahan
* Memberi sejumlah kolagen pada tubuh, yang akan memelihara kesihatan tulang dan gigi.