Sunday, April 18, 2010

Berhadapan Dengan Makanan

Islam mengajar umatnya cara berhadapan dengan makanan. Beberapa perkara berikut mungkin tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Mari kita semak!

1) Tujuan kita makan
    - Mendapatkan kesihatan yang baik dan tenaga untuk bekerja dan beramal ibadah dengan selesa.

2) Tatacara makan
    - Makanlah benda-benda yang baik serta dihalalkan sama ada berkaitan dengan sumber mendapatkannya dan juga kaedah pemprosesannya.
    - Makan apabila berasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.
    - Makan dengan penuh adab sopan.

3) Pengambilan makanan
    - Makanlah makanan yang mengandungi pelbagai jenis nutrien yang berfungsi untuk membekalkan tenaga. Tenaga ini digunakan untuk melaksanakan semua kerja elektrikal saraf, mekanikal otot, pengekalan haba badan selain menyempurnakan keseimbangan dan tindakan kimia tubuh badan.
    - Kekurangan atau pengambilan makanan yang berlebihan akan mendatangkan keburukan kepada kesihatan tubuh. Pengambilan makanan harus mengikut sajian seimbang yang diperlukan oleh setiap individu setiap hari.
    - Makanan yang tercemar dan tidak diambil perhatian mengenai kebersihannya serta kesilapan dalam memprosesnya boleh mendatangkan bahaya. Sesetengah pencemaran menyebabkan kesan mutasi kepada sel dan punca kepada penyakit kanser.

No comments:

Post a Comment

http://formsmarts.com/form/bxo