Sejak berkurun lamanya madu merupakan sumber makanan dan tenaga bagi manusia. Bukan sahaja terkenal di kalangan masyarakat Melayu, madu telah digunakan secara meluaskan ketika zaman kepimpinan Rasulullah lagi. Khasiat madu di dalam pemakanan kita sememangnya tidak ternilai. Madu sangat membantu di dalam pembinaan dan merangsang tubuh badan yang sihat.
Bagaimana Terhasilnya Madu
Lebah merupakan sejenis haiwan yang menakjubkan. Di dalam kelompok lebah terdapat lebah pekerja, lebah jantan dan lebah permaisuri. Lebah pekerja mengutip madu, debunga dan air setiap hari untuk dibawa pulang ke sarang. Madu mentah datangnya daripada manisan bunga-bungaan. Manisan berbentuk cecair dihisap dan kemudian disimpan dalam kalenjar badan lebah. Kemudian manisan akan disimpan di dalam karungnya (comb) sebelum matang menjadi madu.
Lebah menghasilkan :
Madu - simpanan makanan bagi keperluan kependudukan dalam sarang
Lilin lebah - Untuk membuat sarang lebah
Debunga - Untuk memberi makan anak-anak lebah. Apabila debunga ini kering ia merupakan makanan yang berkhasiat
Propolis - Bertujuan untuk menyelaputi sarang supaya terhindar daripada angin dan hujan (juga boleh dijadikan sebagai bahan antiseptic)
Racun sengatan - Baik untuk merawat sakit sendi, sengal-sengal dan sakit dalam tulang.
Untuk mendapatkan 100 gram madu, lebah perlu hinggap dan menghisap manisan lebih sejuta pokok bunga. Rutin pencarian makanan akan berulangan di mana manisan akan disimpan dalam karungan dan debunga melekat direrambut kakinya.
Cairan manisan bunga tadi kemudiannya dipindahkan pula ke lebah yang akan memproses manisan bunga ini hingga menghasilkan titisan madu yang kemudiannya disimpan di dalam bekas madu (di dalam sarang).
Mengenal Madu Asli
Selain menguji dengan peralatan saintifik moden, keaslian madu boleh dikesan membelinya terus daripada pencari atau penjual-penjual madu tanpa orang tengah. Tanda - tanda seperti bila dititis dari kuku, madu tidak jatuh ke bawah, menyala apabila dibakar, meletup sebab gas yang terkumpul ialah tanda madu itu adalah madu asli.
Cara lain yang lebih mudah ialah dengan menguji beberapa perkara berikut :
- Kemanisannya - Madu perlu dirasa. Madu yang baik, manisnya menyengat dan perit.
- Baunya - Bila tudung botol dibuka, bau madu asli adalah wangi dan kuat.
- Madu - yang dititikkan di dalam air kosong akan jatuh ke dasar gelas tanpa berselerakkan sebab sifat gulanya yang likat dan bercantum.
- Isi telur ayam - akan mengeras apabila dicampurkan dengan madu yang asli, telur akan menjadi seperti telur yang separuh masak.
- Air
- Manisan kelapa
- Pisang yang telah dimasamkan
- Gula tebu
- Gula batu (untuk memaniskan)
Namun terdapat penyakit tertentu yang memerlukan ubat tambahan untuk menambah kemujarabannya seperti akar-akar kayu, daun-daun atau lain-lain ubat tradisional.
Apa yang lebih penting ialah keikhlasan berubat kerana Allah dan mengharapkan kesembuhan daripadaNya sahaja. Sikap harap kepadaNya di mana Dialah yang menurunkan penyakit dan Dia pulalah yang menghendaki kesembuhan bagi hamba-hambaNya yang merendahkan diri kepadaNya, tetap menjadi syarat utama kesembuhan.
Ali Abu Talib pernah berkata, "Semulia-mulia pakaian anak Adam ialah air liur ulat peliharaannya (sutera), sedang minuman yang lebih mulia ialah keluaran lebahnya(madu)".
Menurut hadis Nabi s.a.w. : "Lima perkara yang membasmi kelupaan, menambah ingatan dan menghilangkan lendir ialah dengan bersugi, berpuasa, membaca al-Quran, madu dan kemenyan".
Nabi juga dikatakan tagas menyarankan kepada para sahabatnya agar diberi minuman madu kepada orang yang sakit di dalam perut.
Khasiat untuk tubuh
Terdapat 70 bahan dalam setiap komposisi madu, 75 peratus daripadanya adalah gula ringkas, 20 peratus air dan 5 peratus lebihnya terbentuk daripada pelbagai kuantiti vitamin termasuk kumpulan antibiotik yang membentuk keunikan madu yang bukan sahaja sebagai makanan kepada manusia dan lebah malah sebagai bahan pemulihan dalaman tubuh badan manusia.
Gula yang ada di dalam madu selain membantu memberi tenaga, juga memudahkan penghadaman dan membantu badan menyimpan tenaga dalam bentuk glukos untuk digunakan apabila perlu. Bukti di bidang perubatan mendapati madu bukan sahaja baik sebagai makanan yang menyihatkan malah madu juga adalah bahan penting untuk merawat berbagai penyakit antaranya:
- Cirit-birit/barah dalam perut
- Kencing tidak lawas
- Sakit gigi/sakit mata/sakit kepala
- Luka/kudis/kulit kering/gatal-gatal
- Masalah penghadaman tidak sempurna/kegemukan
- Ibu bersalin/berpantang/sakit pinggang
- Pelupa/sakit mata/sakit kepala
- Kurang tenaga/cergas/sesak nafas/keletihan/susah tidur/lelah/asma
- Menambah nafsu syahwat dan banyak lagi
No comments:
Post a Comment
http://formsmarts.com/form/bxo