Sunday, December 06, 2009

7 Persoalan Masalah Keputihan & Jangkitan Faraj

Setiap wanita pasti mengalami keputihan. Sifat dan rupa lendir atau keputihan adalah jernih atau berwarna putih. Sebab itu is dipanggil keputihan. Keputihan yang normal tidak meninggalkan kesan pada seluar dalam yang dipakai. Sekiranya terdapat kesan warna, ini bermakna keputihan yang anda alami adalah tidak normal.

S : Bila keputihan berlebihan berlaku kepada wanita?
J : Keputihan berlebihan berlaku semasa ovulasi(proses pengeluaran telur) - pertengahan antara pusingan haid, mengambil pil perancang keluarga dan ketika hamil.

S : Apakah peranan dan bau yang dikeluarkan keputihan normal?
J : Ia melindungi faraj daripada kering dan jangkitan kuman mengeluarkan sedikit bau. Ini merupakan perkara biasa dan perlu dibersihkan dengan sabun setiap hari.

S : Apakah faraj perlu disembur?
J : Tidak, melainkan diarah oleh doktor. Seperti bahagian badan yang lain anda boleh membersihkannya sendiri. Penyemburan dengan bahan kimia atau bahan yang lembut boleh menukar flora dan pengeluaran biasa sekitar faraj.

S : Apakah tanda keputihan tidak normal?
J : Keputihan tidak normal selalu dikaitkan apabila ada rasa kegatalan, keradangan, berdarah, ketidakselesaan dan kesakitan semasa persetubuhan, bau yang tidak menyenangkan sakit dalam perut dan demam. Apabila ini berlaku sebaiknya berjumpa dengan doktor.

S : Apakah penyakit faraj yang sering berlaku?
J : Penyakit yang sering berlaku ialah jangkitan kulat, "Trichomonas; dan jangkitan lain-lain.
1) Jangkitan kulat (juga disebut 'Thrus', 'Monilia' atau 'Candida'). Organisma berkulat sering berlaku pada faraj dalam jumlah yang tidak merbahaya tanpa menyebabkan sebarang simptom. Kadang-kadang ia boleh bertambah. Sekiranya ini berlaku keluaran lendir yang putih pekat itu akan menimbulkan radang pada bibir faraj dan rasa gatal.
2) Trichomonas. Organisma ini menimbulkan keputihan (yang kadang-kadang berwarna hijau kekuningan atau labu. Pada kebanyakan wanita, ia mungkin menimbulkan kepedihan ketika membuang air kecil. Kuman "Trichomonas" berjangkit daripada seorang ke seorang melalui hubungan seks.
3) Lain-lain jangkitan. Jangkitan tidak khusus boleh menyebabkan rasa gatal-gatal, keputihan dan kepedihan ketika membuang air kecil.

S : Apakah rawatan untuk jangkitan/penyakit faraj?
J : Rawatan yang dilakukan selalunya menggunakan kaedah berikut :
1) Menyapu krim pada bahagian luar faraj yang berkenaan
2) Memasukkan 'pessaries' ke bahagian faraj
3) Mengambil pil-pil yang disarankan oleh doktor.

S : Adakah terdapat cara-cara untuk mencegah atau mengurangkan jangkitan faraj?
J : Ya, ada.
1) Bakteria selalunya dijumpai di bahagian luar faraj dan kawasan dubur. Untuk mencegah jangkitan, penjagaan perlu dilakukan dengan mencuci, membilas dan mengeringkan bahagian-bahagian berkenaan sehingga betul-betul kering terutamanya selepas membuang air besar, kecil dan semasa haid.
2) Seluar dalam nikon, sarung kaki dan seluar jean yang ketat boleh menghalang peredaran udara di dalam faraj dan bahagian-bahagian sekelilingnya. Adalah dinasihatkan untuk anda memakai seluar dalam jenis kain kapas (cotton), kerana ini boleh mengurangkan peluang jangkitan dengan membenarkan peredaran udara yang baik.
3) Cara mengesat ke belakang, jauh daripada pintu faraj selepas membuang air besar boleh mencegah bakteria daripada memasuki kawasan faraj.
4) Menukar tuala wanita sekerap yang boleh pada hari terakhir haid sebagaimana dilakukan pada hari pertama.
5) Pewangi mandian seperti minyak, buih sabun dan semburan pewangi wanita boleh menyebabkan bengkak dan gatal pada kawasan faraj. Menggunakan sabun dan air adalah cara yang paling baik.

No comments:

Post a Comment

http://formsmarts.com/form/bxo