Saturday, November 28, 2009

Pahala bagi setiap Niat Baik

Allah SWT menjanjikan pahala besar buat hambaNya yang mempunyai niat baik dalam setiap aktiviti hariannya. Tidak kira samada dia berniat untuk kebaikan dirinya ataupun orang sekelilingnya. Bagi muslimah sungguhpun dia hanya berniat dan berazam untuk menjadi muslimah yang solehah atau ingin menjaga kesihatan diri atau mengambil makanan yang bak untuk dirinya setiap satu akan diberi ganjaran.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah bersabda:
Allah berfirman : "Apabila hambaKu bermaksud hendak mengerjakan sesuatu kesalahan, jangan kamu tuliskan sebelum dikerjakannya dan kalau dikerjakannya tuliskanlah sebanyak kesalahannya. Tetapi kalau tidak jadi dikerjakannya kerana mengingati Aku, tuliskan untuk orang itu satu kebaikan. Kalau dia bermaksud hendak melakukan kebaikan, dan belum dikerjakannya, tuliskanlah untuk orang itu suatu kebaikan. Tetapi jika sampai dikerjakannya, tuliskanlah pahalanya sepuluh kali ganda, sampai tujuh ratus kali."
(Hadis riwayat Bukhari)

Hadis ini jelas membayangkan bahawa Allah Maha pemurah dan penyayang. Tidak kira apa yang akan dilakukan oleh hambaNya Dia tetap mahukan yang terbaik untuk mereka.

1 comment:

  1. Cuba bayangkan jika kita buat kebaikan walau sedikit tetapi dengan hati yang jujur dan ikhlas kepada Allah, kita dah peroleh kebaikan yang pastinya menjanjikan balasan baik dari Allah kepada kita.

    ReplyDelete

http://formsmarts.com/form/bxo